5 PETANDA LELAKI JUJUR DALAM PERHUBUNGAN

eydafaizal | Tuesday, April 30, 2013 | 2Comments |
semua wanita mengimpikan seorang lelaki yang jujur .. kejujuran boleh jadi syarat utama bagi permulaan sesebuah perhubungan sebelum ia bercambah mekar ..

tapi bagaimana mahu mengetahui seseorang lelaki itu jujur dalam perhubungan .. usah risau wahai wanita , dengan sedikit usaha anda akan dapat mengenali hati budi dan kejujuran jejaka idaman ..

semak lima ciri ini ..

1- ENGGAN BERKONGSI PERIBADI PADA AWAL PERKENALAN

- biasanya pada awal perkenalan , lelaki baik wanita akan memperkenalkan serba sedikit tentang perihal diri masing-masing .. selalunya wanita yang begitu teruja memberitahu tentang diri sendiri sehingga ke salasilah keluarga .. namun awas , sekiranya si jejaka yang baru dikenali hanya mahu berkongsi namanya sahaja , tidak mustahil dia bukan lelaki yang jujur .. mungkin hanya mahu mengambil kesempatan keatas anda atau sahaja mahu ' test market ' ..


2- INGAT TARIKH LAHIR

- hanya lelaki yang benar-benar jujur mencintai anda sahaja yang peka terhadap tarikh lahir anda .. selalunya si lelaki akan memberikan alas an terlupa atau terlalu sibuk dengan kerja .. awas wanita , jangan terpengaruh dengan alas an zaman batu ini ..
apa kata anda menduganya dengan bertanyakan tarikh lahir anda sebelum ia berlansung .. sekiranya si dia tidak dapat menjawab , anda boleh memikirkan semula sama ada perlu meneruskan hubungan atau pergi sahaja ..


3- AMBIL BERAT KETIKA SAKIT

- selalunya lelaki yang jujur selalu menitikberatkan soal kesihatan diri wanita yang dicintai .. apabila anda sakit , cuba menghubunginya dan beritahu keadaan diri anda .. jika si dia sayangkan anda , pasti dia akan menjadi tidak keruan dan kerap menghubungi anda .. boleh jadi , si dia akan terus memecut kerumah anda untuk melihat keadaan anda ..lagi bertuah sekiranya si dia menghantar anda ke klinik .. itu baru namanya saying dan jujur ..


4- SABAR LAYAN KERENAH ANDA

- wanita dikatakan adalah manusia yang lemah dan banyak kerenah .. jika anda membeli belah , pasti mengambil masa yang lama untuk memilih barangan yang benar-benar anda berpuas hati dengannya .. kalau lelaki itu benar-benar memahami anda , pasti dia akan sabar melayan kerenah anda .. nah ! itu menunjukkan bahawa dia menerima anda seadanya ..


5- USAHA TAMBAT HATI KELUARGA

- lelaki yang serius dan jujur dengan anda , pastinya tidak akan memberikan banyak alasan untuk berkenalan dengan keluarga anda .. malah , si dia akan sedaya upaya menambat hati ahli keluarga anda terutama ibubapa bagi membuktikan dirinya benar-benar mahukan anda ..
tetapi sekiranya sudah bertahun bercinta masih memberikan seribu satu alasan untuk berjumpa keluarga anda , lebih baik anda menilai semula perhubungan itu .. cinta memang cinta tetapi restu dari keluarga juga penting .. kalau mahu berjumpa keluarga pun sudah makan masa lama , jujurkah si dia dengan anda ?? fikirkan semula ..

2 comments:

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid