INFO : ALASAN LELAKI TAKUTKAN KOMITMEN

eydafaizal | Sunday, April 14, 2013 | 0Comments |
bebas membuat keputusan sendiri dan tidak terikat dengan sesiapa membuatkan segelintir lelaki begitu takutkan komitmen .. justeru tidak hairanlah ramai lelaki masa kini berkahwin di usia lewat ..

golongan ini beranggapan mempunyai seseorang dalam hidup mereka iaitu teman wanita sehingga membawa ke alam perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang besar dan pastinya memerlukan komitmen tinggi sedangkan ada segelintir mereka masih belum puas hidup bujang .. ayuh kita lihat sebab lelaki takutkan komitmen untuk bersama wanita ..

1- HIDUP SEHARUSNYA BEBAS
lelaki secara semulajadi memang menyenangi kebebasan .. lelaki selesa membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa .. dia mahukan kehidupan rutin seharian disempurnakan dengan caranya sendiri , iaitu bebas tanpa terikat dengan kehendak orang kedua atau ketiga .. sebenarnya , banyak perkara atau pertikaian yang remeh menyebabkan lelaki berfikir berkali-kali untuk menamatkan zaman solonya itu ..

2- TRAUMA LELAKI
rata-rata lelaki percaya apabila bersama seorang gadis , perhubungan yang kasual akan bertukar menjadi serius .. gadis mudah memberi jiwa dan menggantung harapan pada sebuah hubungan persahabatan ..lelaki yang tidak bersedia akan menjadi takut dan cemas .. tatkala gadis sedang asyik membayangkan cinta nan manis , jejaka akan mudah menjadi tertekan .. perlahan-lahan lelaki akan mengasingkan diri dan meminggirkan gadis biarpun pada awalnya hati menyukai si gadis ..

3-ALASAN LELAKI
tanggungjawab itu sesuatu yang merimaskan .. hidup sebagai orang bujang memang enak .. tidak perlu memikirkan soal yang remeh .. soal sabun basuh habis di rumah tidak pernah masuk dalam senarai kepala lelaki .. bukannya payah , kalau tidak sempat membasuh , hantar sahaja ke dobi .. lelaki bujang juga rata-rata tidak cerewet urusan makanan ..

4-LELAKI HILANG RUANG
ini juga merupakan alasan bagi lelaki yang takut terhadap komitmen.. lelaki tentu memilih sesuatu yang bersifat 'guy things' ..ini juga bermaksud dia memerlukan 'guy space'untuk hiburan dan riadah .. selalunya keadaan ini memang tidak disukai oleh perempuan .. pengkaji psikologi lelaki , Matthew Fitzger menyatakan perempuan jarang mahu memahami emosi lelaki ..sebaik sahaja perhubungan terjalin , yang diimpikan perempuan adalah lelaki yang boleh bertolak ansur dan memahami kehendak emosinya ..

5- LETIH EMOSI
hubungan yang begitu serius dan intim ada ketika cukup meletihkan .. bagi segelintir lelaki yang tidak bersedia , dia mengangap situasi itu memerah tenaga dan masa .. malah , sebahagian besar kehidupan berubah serta lebih malang apabila ia menjadi kacau bilau .. mereka juga tidak suka didesak dan dipaksa membuat 'report' saban waktu kepada wanita .. pendek kata , bagi mereka  sebuah perhubungan tu kadangkala menjejaskan kehidupan kebebasan yang dicari ..

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid