PETUA =)

eydafaizal | Thursday, April 18, 2013 | 0Comments |
1- PETUA SEMBUHKAN CAGU

-bagi yang menghidap bengkak dicelah kuku atau cagu , ambil beberapa helai daun bunga kembung .. tumbuk bersama beberapa butir nasi .. letakkan dicelah kuku yang bengkak dan balutkan dengan kain kecil yang bersih .. ia akan sembuh selepas beberapa hari ..

2- SERAI PANJANGKAN RAMBUT

- agar rambut mudah panjang , dapatkan lima batang serai .. tumbuk tetapi jangan hingga hancur ..rebus serai sehingga airnya mendidih .. biarkan sejuk dan siram diatas kepala .. kemudian , perapkan rambut selama lima hingga sepuluh minit dan bilas dengan air yang bersih .. lakukan dua kali seminggu ..

3- MENUTUP PORI KULIT TERBUKA

-bagi mereka yang menghadapi masalah pori kulit terbuka , lakukan petua ini .. panaskan sedikit susu kambing .. kemudian masukkan sebiji putih telur , satu sudu tepung pulut dan setengah sudu kecil serbuk kunyit .. adun sehingga likat .. jadikannya sebagai topeng muka dan biarkan kering ..hasilnya bukan sahaja dapat mengecilkan liang pori tetapi juga mampu mencerahkan wajah ..

4- DAUN SIRIH SEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH

-jika mata sering keletihan , ikuti petua ini untuk mendapatkan mata segar dan bercahaya .. ambil beberapa helai daun sirih muda dan ramaskan ke dalam air suam .. tapis air tersebut dan rendamkan mata selama lima minit ..

5- ATASI MASALAH SEMBELIT ANAK

-bagi ibu yang baru melahirkan anak , bekemungkinan akan menghadapi masalah sembelit .. untuk mengatasinya , ambil beberapa helai pucuk daun gelenggang .. rebus daun tadi dengan tiga gelas air .. biarkan rebusan sehingga mendidih dan air menjadi satu gelas ..minum air rebusan dua kali sehari iaitu selepas makan .. pucuk gelenggang tadi boleh juga dibuat sebagai ulam ..

6- DAUN INAI HILANGKAN BAU BADAN

-badan berbau menjadikan seseorang  itu hilang keyakinan diri .. oleh itu , rebus segenggam daun inai yang telah dibersihkan .. biarkan hingga mendidih dan sejukkannya .. minum air tersebut dua kali seminggu .. in syaa Allah , bau badan akan hilang ..

7- LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

-bagi ibu yang baru bersalin , terdapat petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat .. antaranya dengan meminum air rebusan daun pegaga setiap hari .. selain daripada direbus , daun pegaga juga boleh dibuat ulam .. makan bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus ..

8- BANYAKKAN SUSU IBU

-jika anda mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu terutamanya selepas bersalin , amalkan petua ini .. rebus beberapa helai daun betik sederhana muda .. air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari .. anda juga boleh merebus jantung pisangdan makan sebagai ulaman ..

9- CAIRKAN LENDIR DI TEKAK

-adakalanya batuk menyebabkan tekak berlendir .. untuk mencairkannya , makanlah anggur .. cara ini dapat memudahkan anda mengeluarkan lendir tersebut ..

10- MENGELAKKAN KELESUAN KETIKA HAID

-petua ini sesuai diamalkan jika anda sering marasa kelesuan setiap kali didatangi haid .. rebuskan sedikit ketumbar , kunyit hidup , asam jawa dan sedikit gula merah .. biarkan mendidih .. setelah sejuk , minumlah dua kali sehari ..

11- PISANG ATASI BATUK

-batuk berpanjangan tentunya meresahkan anda .. oleh itu , rebus beberapa biji pisang yang telah masak .. setelah lembik, campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanilla .. biarkan selama 20 minit .. makan dengan mencampurkan sedikit gula .. insya allah , batuk anda akan berkurangan ..

12- PETUA HILANGKAN KETUAT

-walaupun ketuat bersaiz kecil tetapi kemunculannya tentu membuatkan anda tertekan .. petua orang lama untuk menghilangkannya ialah dengan menumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus .. sapukan keatas ketuat dan biarkan kering ..lakukan beberapa kali sehingga ketuat mongering dan luruh sendiri ..

*AKAN DIUPDATE DARI MASA KE SEMASA =)*

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid