SHA & SHAH

eydafaizal | Wednesday, April 10, 2013 | 0Comments |
 
heyy .. nak tahu ? hari tuh ida ada beli novel baru .. =) ida g beli kat POPULAR BOOK yang kat dalam JUSCO KEPONG tuh .. hee , semestinya lha ida g ngan boyfie kesayangan ida tuh .. kesian dia .. dengan uniform kerja dia tak bertukar .. almaklum lha dia baru bhalek kerja .. wee =)
 
ehh , berbalik pada cerita .. entri kali neh ida nak kongsi pasal buku yang ida beli tuh jja .. by the way serius best citer dia .. tak bosan owh baca .. rugi rasa coz ida beli lambat =( .. papew pon , sila lha teruskan pembacaan anda coz perkongsian dah bermula =) .. hahaa ..
 


haa , neh cover novel tuh .. nak synopsis ?? haa , baca jja kat bawah neh okay .. tahu gambar kat atas tuh tak terang kan ?? hee ..
 
SINOPSIS
 
BFF ... BEST FRIENDS FOREVER .
bolehkah sahabat yang berlainan jantina bergelar BFF ? mampukah mereka menjadi sahabat sejati tanpa ada sedikit pun perasaan 'cinta' antara satu sama lain ? itulah yang terjadi kepada FARISHA a.k.a SHA dan FARIZ AMEERUL SHAH a.k.a SHAH .. persahabatan yang terjalin sejak kecil mula goyah apabila mereka tiba-tiba sahaja berkahwin dan bergelar suami isteri ..
 
bagi shah , dia menjadikan perkahwinan tersebut sebagai 'penyelamat' dirinya .. daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenali dan menyebabkan kehidupan sosialnya terbatas , dia lebih rela berkahwin dengan sahabat baik sendiri .. sahabat yang boleh memahami perangai dan kerenahnya ..sahabat yang tidak mengongkong dengan hobi 'peliknya' yang suka berkawan dengan kaum hawa walaupun sekadar teman biasa .. hanya sha sahaja yang kenal diri dia yang sebenarnya .. ya ! hanya farisha , kawan baik yang amat dia sayangi !
 
bagi sha pula , kerana rayuan dan pujuk rayu shah yang meminta tolong kepadanya , dia akhirnya bersetuju dengan ikatan perkahwinan tersebut .. kononnya kesian  ! betul ke dia kesian ? tetapi sanggupkah dia mengorbankan masa depannya sendiri semata-mata kerana perasaan 'kesian' yang wujud dalam dirinya itu ? entahlah , dia sendiri tidak pasti , namun apa yang pasti dia seakan-akan rela untuk menjadi isteri kepada sahabat baiknya sendiri .. shah adalah segala-galanya untuk dia .. lelaki itu selalu ada dengannya , sahabat yang tidak pernah kenal erti jemu bersamanya ..
 
benarkahperkahwinan itu dibina atas dasar persahabatan ? mampukah mereka meneruskan perkahwinan itu ? namun segalanya seakan-akan berubah .. ikatan 'perkahwinan' yang terjalin mula menampakkan 'hasilnya'..
 
banyak kisah lucu yang terjadi .. ada juga kisah sedih dan terselit juga kisah yang bakal menyakitkan hati ..semuanya gara-gara BFF dah bertukar menjadi suami isteri ..
 
 
haa tudiaa .. novel neh karya sha Ibrahim taw .. neh novel ketiga dia .. law berminat nak baca novel lain , cer try follow blog dia :shaibrahim.blogspot.com/ ..
 
dia kongsi bab-bab dalam novel dia .. berkunjunglah yya ?? hahaa ..
 
okay sekian sahaja .. =)
 
terima kasih dan jumpa lagii .. =)
 
 

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid