sucinya hati gadis itu =')

eydafaizal | Friday, April 19, 2013 | 0Comments |
hey !

hati perempuan mana yang tak terusik kalau insan yang paling dia sayangi dalam hidup dan hati dia berpaling pada wanita lain ..? kesetiaan yang dia harapkan , kecurangan yang dia dapat ..
selalunya kita mempercayai kasih sayang yang tak putus ditunjukkan oleh lelaki itu , tapi sebenarnya , sangkaan dan kepercayaan yang diberi ternyata meleset sama sekali ..

apa gunanya mulut berkata sayng tapi hati diserahkan pada wanita lain ?? apa tujuannya memasuki hati gadis suci itu sekiranya hati tidak terniat untuk memilikinya ?? apa maknanya perhatian sekiranya ianya hanya untuk menutup isi hati kamu yang kamu sebenarnya inginkan kepergian dia dari hidupmu , wahai lelaki ??

tahukah kamu bahawa hati wanita ini terlalu lembut ?? terlalu rapuh untuk ditembusi dengan kelukaan .. dia hanya mengharapkan secebis bahagia darimu .. jika tidak tulus menerima , kenapa tidak dari awal kamu menolaknya ?? biarpun ketika rasa hatinya ditolak dan kamu palitkan sedikit luka , tapi lukanya takkan sedalam dan separah kamu memperlakukannya seperti sampah !!

biar lha kamu menyakiti hatinya di awal waktu .. ketika dia tidak terlalu menyayang .. ketika dia tidak terlanjur setia ..

pengorbanan gadis yang sudah terlalu mencintai sehinggakan takut kehilanganmu , membuatkan dia hanya menutup mata membiarkan apa yang kamu lakukan padanya .. bermacam-macam kerenah kamu lakukan padanya tapi hatinya masih melekat pada kamu .. itulah gadis .. yang tersangat murni hatinya .. kamu mahu curang ? hah ! curang lha .. anggapnya , kamu akan tetap kembali padanya jika diberi peluang .. masalahnya , seberapa banyak peluang yang harus dia berikan padamu ?

cubalah berfikir sejenak , dikala malam tika kamu kesunyian , siapa yang menemanimu ?? dikala kamu diburu ketakutan , siapa yang disampingmu sentiasa ? meniup kata-kata semangat ditepi telingamu perlahan ? yang menggenggam erat tanganmu saat kamu kekeliruan ?yang mendengar setiap masalahmu ? yang turut menangis bersamamu ? yang menemani kamu tika kamu sakit ?yang menjagamu siang malam tanpa balasan ? yang menghulurkan bantuan tika kamu kesempitan ? yang sentiasa sabar melayan kerenahmu ?yang sanggup menerima apa adamu ? siapa ?!

yang kamu tahu hanyalah mengejar keseronokan hidup .. saat dia kamu perlukan , kamu pujuk hatinya biarpun hatinya itu telah luka separahnya diperlakukan kamu yang tidak pernah mempedulikan perasaannya yang selama ini cukup setia bersamamu .. saat dia tidak diperlukan lagi , kamu lukai lagi hatinya yang telah sedia luka dan parah ..kamu campak kasih sayangnya .. kamu zalimi sekali lagi perasaan dia .. tidak cukup dengan itu , dia kamu pukul untuk melepaskan amarahmu .. itukah ? ITUKAH LELAKI YANG TELAH BERJANJI DENGANNYA SEHIDUP SEMATI ?

ITUKAH ? ITUKAH LELAKI YANG BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMANYA TAK KIRA DIKALA SUSAH MAHUPUN SENANG ? MUDAHNYA KAMU MELEMPARKAN KATA-KATA MANIS ..

jika benar kau tidak mahukan dia , tolonglah lepaskan dia kembali ke pangkuan insan yang dia sayangi .. jika orang lain yang kamumahukan , pergi lah .. jangan lagi menyesal dengan pilihanmu dan kemudian menoleh semula kebelakang mencarinya ,.. redhanya seorang wanita , hatinya yang lembut boleh menjadi sekeras-kerasnya jika kamu telah membuangnya dari hidupmu seperti sampah ditengah jalanan ..

LELAKI ! HARGAI INSAN YANG SENTIASA BERSAMAMU .. BERDIRI TEGUH DISAMPINGMU .. YANG HANYA SETIANYA UNTUKMU .. TAK BANYAK YANG DIA HARAPKAN ATAS APA YANG DIA TELAH KORBANKAN KECUALI SECEBIS KASIH SAYANG DAN PERHATIAN DARIMU , INSAN YANG DIA SAYANGI .. CUKUPLAH SEKADAR DIA TAHU YANG KAMU JUGA TURUT MENYAYANGINYA .. ITU SAHAJA TELAH MAMPU MEMBUAT HATINYA BERBUNGA BAHAGIA .. =)

NOTE : WANITA INI TULUS HATINYA .. JIKA KAMU MENYAYANGINYA SEPENNUH HATIMU , KAMU PASTI AKAN MERASAI SEPENUH KASIH SAYANG DARINYA DAN YAKINLAH YANG HATINYA ITU HANYA UNTUKMU .. =)

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid