TIPS CANTIK : MASKER WAJAH DARIPADA BAHAN DAPUR

eydafaizal | Wednesday, April 17, 2013 | 0Comments |
sebenarnya untuk cantik , kita tidak perlu berbelanja mahal .. bagi yang mampu , mereka boleh memanjakan tubuh dan wajah di spa namun bagi yang mempunyai bajet yang terhad , anda masih boleh marawat diri dan tubuh dengan hasil kreativiti dan ilmu kecantikan yang boleh diperoleh secara mudah menerusi bahan bacaan di internet , buku mahupun majalah ..

resepi istimewa yang menghasilkan masker wajah daripada bahan dapur seperti buah-buahan , sayur-sayuran serta herba ..bahan-bahan ini sebenarnya berada di sekeliling rumah sahaja , cuma selama ini kita tidak tahu manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan ..

bukan sahaja murah dan mudah disediakan malah paling penting , ramuan semulajadi ini kaya dengan khasiat dan selamat untuk digunakan .. jadi tunggu apa lagi , jom kita selongkar rahsia alam untuk kecantikkan !

*MASKER TELUR HILANGKAN BINTIK HITAM*

BAHAN-BAHAN : - 1 biji telur
              - 4-5 kapas muka

CARA MEMBUAT :
1- pecahkan telur , ambil bahagian putihnya sahaja ..
2- kemudian , rendamkan kapas muka ke dalam telur putih ..
3- sapukan pada wajah sehingga kering .. untuk bahagian yang bermasalah seperti hidung , lekatkan kapas muka yang mengandungi putih telur ..
4- biarkan sehingga kering dan tarik kapas ini secara perlahan-lahan ..
5- kemudian , bilas muka dengan air suam ..
6- amalkan seminggu sekali , anda pasti puas hati dengan hasilnya ..
7- masker ini dapat mengurangkan bintik hitam dibahagian hidung ..


*MASKER KUBIS ATASI KULIT KERING*

BAHAN-BAHAN : - sedikit hirisan kubis
              - dua hirisan timun
              - sedikit air

CARA MEMBUAT :
1- kisar kubis bersama sedikit air ..
2- masukkan kedalam peti ais seketika ..(lebih kurang 5-10 minit)..
3- kemudian , sapukan seluruh wajah dengan pati kubis ..
4- letakkan hirisan timun diatas mata , ia dapat menghilangkan lingkaran gelap ..
5- biarkan sehingga kering dan bilas muka dengan air sejuk ..
6- lakukan dua kali seminggu , kesannya wajah akan lebih lembab dan halus ..


*MASKER MADU TEGANGKAN KULIT*

BAHAN-BAHAN : - madu secukupnya
              - hirisan limau nipis

CARA MEMBUAT :
1- sapukan madu ke seluruh wajah termasuk bibir (kecuali mata ) ..
2- gunakan kapas muka yang basah untuk menutup bahagian mata ..
3- biarkan sehingga kering ..
4- kemudian , cuci dengan hirisan limau nipis (isi limau)..
5- bilas dengan air sejuk sehingga bersih ..
6- masker ini dapat membuatkan kulit wajah tegang , halus dan kemerahan .. lakukan dua minggu sekali ..


              

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid