CARA HILANGKAN PARUT

eydafaizal | Wednesday, May 22, 2013 | 0Comments |

Ramai dikalangan mereka yang mengalami masalah parut , walaupun ia tidak membahayakan tetapi parut merupakan salah satu masalah kesihatan yang perlu di ambil perhatian dan mendapatkan rawatan . Ini kerana , mereka yang mengalami masalah ini akan memberi kesan mental dan fizikal kerana perasaan rendah diri , malu , tidak bergaul dan sebagainya . 

JENIS PARUT 

~Parut biasa (flat pale scar)
Parut yang sering dialami oleh setiap individu , parut ini lebih pudar dari warna kulit asal dan parut ini kelihatan agak tebal .
~Parut tebal (hypertrophic scar)
Parut ini timbul dalam temoh 6 bulan selepas kemalangan . Namun , parut ini akan surut sendiri . Ia berwarna merah dan agak tebal strukturnya .
~Parut keloid
Parut keloid ini tebal dan tumbuh melebihi luka asal malah ia boleh menjadi parut yang kekal . Parut ini tumbuh melebihi kawasan luka , berwarna merah jambu @ merah dan kelamaan boleh menjadi warna gelap dan menimbulkan maaslah kegelapan berterusan . Hal ini disebabkan , luka lama dibahagian tersebut terkena jangkitan .
Faktor keloid :
1. genetik 
2. tahap kecederaan yang semakin besar dan menembusi kedalam kulit .
3. hormon
~Parut kontraktor 
Parut ini menyebabkan kulit tegang dan boleh menjejaskan sendi pesakit . Akibatnya , kulit menjadi regang dan menyukarkan pergerakan .
~Parut tenggelam 
Parut ini biasanya pada luka yang berada di bahagian punggung . Parut ini terjadi apabila mereka baring terlalu lama contohnya pesakit strok .
~Stretch mark
Parut ini biasa dialami oleh kaum wanita kerana mereka melalui proses kehamilan . Parut ini akan dilihat pada bahagian paha , perut, bahu dan punggung  . Parut ini dikatakan parut kekal .

PUNCA PARUT 

-Mereka yang menindik telinga
-Luka jerawat
-Suntikan BCG
-Pelbagai jenis kemalangan seperti terkena air panas , luka terkena benda tajam dan kebakaran .

GEJALA PARUT YANG PERLU DIRAWAT

1. Luka yang dijangkiti dan bernanah 
2. Parut yang semakin membesar hingga menimbulkan masalah pada penampilan dan boleh menyukarkan pergerakan sendi .

RAWATAN MODEN 

  • Pembedahan yang berkemungkinan sebanyak 60% parut asal akan terbentuk semula . Pembedahan adalah cara yang baik untuk yang mengalami masalah parut kontraktor .
  • Bagi parut yang berkeluk adalah sesuai dengan suntikan kolagen untuk meratakan kulit.
  • Radioterapi , ia jarang dilakukan kerana ada kesan sampingan . Rawatan ini sesaui untuk parut keloid yang tidak boleh disembuhkan dengan cara lain .
  • Pancaran laser boleh memudarkan warna parut tetapi ia boleh memberi kesan sampingan kepada penduduk asia kerana ia akan menyebabkan warna kulit semakin gelap dan pudar . 
  • Suntikan steroid dalam dos yang tertentu boleh menghilangkan rasa gatal. 
RAWATAN TRADISIONAL 
  • Gunakan serbuk kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk . Kemudian campurkan sedikit air . Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering . Ia sesuai untuk menghilangkan bintik hitam di muka . Lakukan dengan kerap .
  • Lidah buaya juga boleh menghilangkan parut . Lidah buaya harus dibelah dua, dan sapukan lendir pada parut . Lakukan 3 kali seminggu .
  • Gunakan asam jawa yang dicampur bersama sedikit air . Sapu sehingga kering sebelum tidur . Elok digunakan pada waktu malam ...
  • Madu lebah juga sesuai untuk menghilangkan parut dengan mencampurkan bersama kulit kayu manis . Setelah selesai cuci dengan air suam . Lakukan 3 kali seminggu .
  • 10 daun sireh yang ditumbuk . Setelah itu sapu pada muka dan biarkan ia kering .
  • Madu dan bedak sejuk juga boleh dicampur dan sapukan pada muka untuk mendapatkan hasil yang baik .
  • Mulai sekarang ambil lah kulit pisang setelah memakan isi nya , kerana kulit pisang boleh menghilangkan parut . sapukan dengan perlahan-lahan . Selamat mencuba ~~

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid