LUPUS , penyakit kronik auto-imun = lebih banyak serang wanita

eydafaizal | Saturday, May 18, 2013 | 0Comments |
 
sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus , adalah penyakit kronik autoimun
dimana antibody seseorang bertindak balas dengan tisu badannya sendiri .. ini menjejaskan beberapa bahagian system tubuh seperti kulit , sendi , buah pinggang , paru-paru , system saraf atau organ-organ lain dalam badan ..
 
"LUPUS" berasal daripada perkataan latin bererti "serigala" .. ini adalah kerana seorang doctor perancis yang mula-mula merawat penyakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan dimuka pesakit sebagai gigitan serigala ..kaum wanita berisiko lebih tinggi iaitu 10 kali ganda menghidap SLE berbanding dengan kaum lelaki ..
 
JENIS-JENIS
terdapat beberapa jenis lupus .. ia adalah Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), Diskoid lupus eritematosus  (DLE) dan Lupus Neonatal ..
 
sistemik lupus eritematosus (SLE) biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan "lupus" .. gejalanya mungkin sederhana atau serius .. SLE selalu menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun .. walaubagaimanapun , sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun ..
 
Discoid Lupus Eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah dimuka , kulit kepala , bahagian badan , kaki dan tangan .. kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut ..
 
ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh .. sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE  dikemudian hari ..
 
Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE ..  ini mungkin disebabkan auto-antibody di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB)..
 
akibatnya , bayi ini akan mendapat radang kulit , masalah hati , dan masalah darah .. gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan .. walaupun kes-kes begini jarang dijumpai , namun bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin akan mengalami masalah jantung ..
 
pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE  .. keadaan ini dipanggil " drug-induced lupus "..gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan .. buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini ..
 
 
SIAPAKAH PENGHIDAP SLE ???
dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita , sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak ..bagi kaum wanita , SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak , jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid ..
 
 
PENYEBAB
walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga , gen lupus yang khusus belum lagi dikenal pasti .. kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE .. gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE dialami ..
 
bagaimanapun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan .. sebaliknya para saintis sedang mengkaji factor-factor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE .. antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari , tekanan emosi , pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus ..
 
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila system daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri .. puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan factor-factor keturunan , alam sekitar serta hormone .. ia berlaku melalui pengeluaran anto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang .. itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu ..
 
jenis antibody yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibody antinuclear kerana ia bertindak balas dengan bahagian sel nucleus .. paraa saintis masih belum dapat memahami semua factor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE ..
 
 
GEJALA-GEJALA SLE
setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza , sama ada sederhana atau serius .. gejala ini juga boleh datang dan pergi .. namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat ..
 
terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk "kupu-kupu" .. ruam juga boleh tim,bul dimuka dan telinga , di bahagian atas kedua belah lengan dan tangan , bahu dan dada ..
 
oleh kerana pengidap SLE sensitive terhadap cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari .. sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain ..
 
 
CIRI-CIRI PENYAKIT SLE
  • demam , keletihan dan penurunan berat badan
  • sakit dan bengkak sendi (artritis) selama beberapa minggu
  • tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling(hair line)
  • sawan , strok dan gangguan mental
  • risiko untuk mendapat darah beku
  • kerap keguguran bayi
  • darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan system buah pinggang
  • bilangan sel darah putih atau darah merah rendah
 
 
JEJASKAN ORGAN-ORGAN
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut :
 
*BUAH PINGGANG
keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing .. pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit ..
 
mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki .. ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan sama ada buah pinggang terjejas ataupun tidak .. untuk mengelak dari kerosakan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang ..
 
 
*PARU-PARU
sebilangan penyakit SLE mendapat pleuritis , iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas .. pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia) ..
 
 
*SISTEM SARAF
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf .. pesakit akan mengadu sakit kepala , pening , cepat lupa , kabur penglihatan , sawan , strok , atau perubahan kelakuan ..
 
 
*SALURAN DARAH
keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh ..vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan , tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera ..
 
 
*DARAH
pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah , kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet .. fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan .. sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah pendarahan dimana darah cepat membeku ..
 
 
*JANTUNG
pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: "perikaditis",keradangan lapisan luar ;"myocarditis", keradangan bahagian tengah;dan "endocarditis", keradangan bahagian dalam .. pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain .. pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat "arteriosclerosis"(pembuluh darah yang keras) ..
 
 

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid