RESEPI : TOMYAM UDANG DENGAN DAUN LIMAU PURUT

eydafaizal | Tuesday, May 14, 2013 | 1Comments |
BAHAN-BAHAN :
 
  • 400g udang saiz sederhana , dikupaskan kulit dengan mengekalkan ekornya ..
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 6 sudu besar krimmer sejat
  • 1 sudu besar gula
  • 2-3 biji cili padi (ditumbuk)
  • 4 daun limau purut (dicincang halus)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
 
HIASAN :
 
  • hirisan timun
  • daun salad
  • daun ketumbar segar
 
 
CARA PENYEDIAAN :
 
  1. panaskan kuali leper dengan 4 sudu besar minyak masak .. masukkan udang dan gorengkan sehingga bertukar warna , kemudian , ketepikan ..
  2. gunakan kuali leper yang sama untuk gorengkan pes tomyam dengan krimmer sejat , gula , cili api , daun limau purut dan tomato selama dua minit ..
  3. masukkan udang dan masakkan campuran selama seminit lagi .. tutupkan api ..
  4. hidangkan udang dan hiaskan dengan daun salad , hirisan timun dan daun ketumbar segar ..
 
 
MASA PENYEDIAAN : 20 minit
 
SAIZ HIDANGAN : 4 orang
 
MASA MEMASAK : 10 minit
 
 

1 comment:

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid