mama rendu kamu sayang ...

eydafaizal | Friday, September 06, 2013 | 0Comments |
 
 

 
16 julai 2013 ..
hari selasa ..
02.32 pagi ..
hospital selayang ..
 
tarikh , hari , masa dan tempat kelahiran si kecilku ..
hanya mereka yang bergelar ibu sahaja yang tahu betapa bahagianya rasa menjadi seorang mama ..
ditambah pula , dia adalah bayiku yang pertama ..
 
MUHAMMAD QAYYUM IMAN ..
Allah berikan aku ketabahan dan kekuatan sepanjang dia didalam rahimku ..
seorang bayi yang tak banyak ragam ..
yang selalu menghiburkan hati neh saat aku tatap mukanya ..
sayangnya aku padanya ,
hanya Allah yang tahu ..
azab aku berjauhan darinya ..
terpisah jauh ..
terasa kosong hidupku ..
bayangkanlah ..
bayi yang kau kandung berbulan-bulan ..
yang kau jaga ..
yang kau belai sebelum tidur ,
yang jerih kau berusaha melahirkannya agar dia selamat ..
tiba-tiba hilang dari pandangan mata kau ..
saat kau tak meredhainya ..
 
hanya 50 hari ..
50 hari sahaja kelahiran qayyum ke dunia neh ,
aku berpeluang menjaganya ..
hanya 50 hari ,
aku berpeluang menatap wajah dan senyumannya ..
hanya 50 hari ,
aku berpeluang mendengar tangisannya ..
 
aku terkilan ..
terkilan dalam banyak perkara ..
terkilan sebab aku dipisahkan dari anak kandungku sendiri ..
terkilan sebab mak kandung aku sendiri yang larikan anak aku ..
terkilan sebab aku rasa tak boleh dijauhkan dari qayyum ..
terkilan sebab aku tak boleh relakan semua neh berlaku padaku ..
terkilan sebab aku tak mampu lakukan apa-apa ..
hanya kerana mak kandungku ..
dia mak aku ..
mak yang melahirkan aku ke dunia neh ..
aku tak sampai hati nak menderhaka padanya ..
 
aku pelik ..
tak fahamkah mak aku tentang perasaanku ??
tak mengertikah dia rasa hatiku kehilangan anakku ??
tak tertanggung rinduku pada qayyum ..
rindu yang amat ..
setiap saat dalam hidupku kini ,
hanya qayyum yang kufikirkan ..
menangiskah dia ??
dah menyusukah dia ??
bayi sekecil itu tak mampu berbuat apa-apa ..
mungkin masih belum mengenal siapa mamanya ini ..

aku terseksa ..
tak mengertikah mamaku ??
dia yang pernah melahirkan enam orang anak ..
 
yya ..
mak aku tak pernah mengambil tahu tentangku dan semua adik-adikku ..
sejak dia berpisah dengan waliku sendiri ..
hampir sepuluh tahun dia biarkan kami enam beradik ditangan nenekku yang sudah tua dan uzur ..
sejak sepuluh tahun lepas ,
waliku juga tidak pernah kujumpai ..
sampai-sampai aku memohon bernikah berwalikan hakim ..
bila saja mak aku mahu bernikah dengan ayah tiri aku ,
baru lah mak kembali mencari walinya , datukku ..
terlalu lama dia meninggalkan kami tanpa sebarang nafkah ..
sedang kami adik beradik masih bersekolah ..
hinggakan adik bongsuku sendiri tak mengenal siapa ibu kandungnya sendiri ..
sejak itu barulah aku berhubung dengan mak ..
itupun sekali sekala ..then tetiba ,
lepas jja kelahiran qayyum ,
aku jadi terpana bila mak aku nekad melarikan qayyum ..
bukan tak percayakan mak ..
tapi aku kenal siapa mak ..
aku takot ..
takot sesuatu terjadi pada qayyum ..
luluh rasa hati neh ..
tak siapa yang tahu ..
apa jugak yang papa qayyum boleh buad ?
kami hanya diam tak berkutik ..
kerana apa ??
kerana yang memulakan perihal adalah ibu kandungku sendiri ..
tak tergamak aku nak melaporkan perkara ini ..
naek turun mahkamah apatah lagi ..
aku fikirkan perasaan dia ..
tapi kenapa aku yang merasa derita ??
 
Allah Maha Adil ..
aku percaya pada karma Allah ..
aku sayang qayyum ..
aku sayang mak ..
 
Ya Allah ..
tolonglha hambamu ini ..
akhiri penderitaanku ..
kembalikan qayyum kepadaku ..
aku mahu dia membesar disisiku ..
aku mahu dia merasa kasih sayangku ..
aku tak mahu dia tidak mengenal siapa ibu kandung yang melahirkannya ..
 
Qayyum ..
hanya dia kebahagiaanku kini ..
tolong lha mak ,
kembalikan dia padaku ..
fahamilah rasa hatiku ni ..
selamilah naluri hatiku ini ..
qayyum perlukan mamanya ..


 

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid