bahagia sentiasa ada ....

eydafaizal | Monday, January 20, 2014 | 1Comments |
pernah orang lain bertanyakan kau ,
kau bahagia ??
pernah ??
kalau kau tanya pada aku ..
jawapan yakin aku hanya satu ..
YYA !!!
kenapa ??
sebab aku begitu menikmati kehidupan aku ..
aku begitu teruja menyemai hari hari aku dengan penuh rasa syukur ..
hingga kesaat ini , 
Allah masih memberi peluang untuk terus bernafas ...
hingga hari ini , Allah masih kekalkan aku disamping keluarga kecilku ..
yya .. keluarga kecil aku ..
walaupun belum cukup sempurna dengan ketiadaan qayyum ..
tapi aku tetap bersyukur .. 
aku terima takdir Allah untuk aku ..
cukup bersama keluarga , 
hari hari aku sentiasa lebih indah ..
cukup ada suami kesayangan disisi ,
hari hari aku sentiasa lebih tenteram .. 
Allah menduga aku dengan sedikit ujian yang pada awalnya aku rasa macam tak daya nak tempuh ..
bukan senang untuk aku terima segala suratan ..
bukan mudah untuk aku menghadam segala dugaan ..
aku terlalu leka dengan keseronokan hidup sehinggakan sekelip mata apabila dugaan datang menimpa ,
aku terus jAtuh tersungkur ..
apa yang boleh aku katakan hari ini ,
bukan senang aku cuba menjadi kuat ..
bukan senang untuk terus tabahkan hatti ..
segalanya di hati  , hanya Allah yang tahu ..
aku cuba kuat .. cuba tabah ..
aku taknak suami aku turut sama merasai apa yang aku rasa ..
walaupun pada hakikatnya ,
aku tahu suami aku turut sama merasa apa yang aku rasa ..
kerana apa ?
kerana kami keluarga ..
dan kerana itulah , 
kami cuba untuk sama sama terus bertahan ...
aku yakin ,
segala penderitaan ini akan berakhir ..
hanya masa yang menentukan segalanya ..
setakah menempuh dugaan bersama , 
aku bertuah dikurniakan suami yang memahami ..
walaupun kadangkala terlalu tegas dalam sesetengah perkara ..
tapi itu sebenarnya yang membuat aku kuat ..
tanpa dia disisi , tak mungkin aku setabah ini ..
yya .. aku bahagia ..
bahagia kerana sentiasa ada yang mengerti perasaan ini ..
bahagia kerana sentiasa ada yang mengambil tahu keadaan diri ini ..
bahagia kerana semua kalian memahami segala perit yang aku rasai ..
jerih aku menganyam derita ..
aku akan tetap tabah untuk semua ..
sebab aku tahu .. mereka juga kuat kerana sayangkan aku .. :)
cukuplah entri pagi ini .. 
sebak tetiba bila rendukan dak qayyum .. 
okay .. bye ..
p/s :MUHAMMAD QAYYUM IMAN .. sebut nama pon aku dah cukup bahagia .. syukur ..

1 comment:

  1. teringat 1 quote "Be strong now because things will get better. It might be stormy now but it cant rain forever". Yakin pada Allah..bahagia tu pasti ada kan?semoga sentiasa tabah.. :)

    ReplyDelete

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid