impak perkataan SIAL pada aku ..

eydafaizal | Monday, March 10, 2014 | 0Comments |


aku bukan berasal dari bandar ..
yang mana gaya percakapan semuanya menggunakan kosa kata yang pelbagai ..
kadang kadang dah jadik macam trend ..
macam terlalu biasa dan boleh dibawak bergurau ..

aku ingat lagi ,
kata nenek aku , lain tempat , lain ragam ..
makin jauh kita merantau , makin banyak pengalaman kita dapat ..'
dan kita boleh nilai sendirik segala yang kita nampak ..
banding bezakan dengan kehidupan kita ..
nampak tak terlalu jauh atau tak ..

ehhh , macam formal pulak entri hari neh .. muahaha ..

lantakkan .. asalkan aku boleh sampaikan apa yang nak aku sampaikan ..

macam kat topik neh .. SIAL ..

bagi orang bandar macam kau kau semua ,
yya , mungkin that word dah terlalu biasa untuk kau sebut ..
mungkin makna kata perkataan sial tersebut kau boleh bawak bergurau ..
then bila kau bergurau dengan perkataan tu pon ,
orang dah tak kisah ..
kengkawan kau dah rasa takda apa apa yang teruk sampai nak tetangkap tacing or what ..

tapi bagi aku ,
bagi orang yang berasal dari kampung macam aku ,
impak perkataan tu besar ..
setiapo kali orang lepaskan perkataan tuh pada aku ,
aku rasa sentap .. aku rasa terkilan ..
aku rasa something yang tak kena pada diri aku ..
tacing ??? terasa ?? yeah !!!!


kadang kadang aku sampai menangis dalam diam ..
aku larik daripada orang ..
menangis sengsorang ..

aku cuba jadikan perkataan tu biasa dalam hidup aku kat sini ..
tapi aku tak boleh ..
aku tak kuat ..
maksud perkataan tu terlalu besar ..
impaknya pada aku terlalu mendalam ...

mungkin sebab aku anak kampung ..

walaupon aku dari kedah nuh haa ,
dan as kau tahu , bahasa orang utara kasar kasar bunyiknya ,
tetaplah jugak aku sentap ..
sebab , aku tak diajar untuk perkataan tu ..

pernah sekali adek aku ditampar nenek aku ..
sebab terlepas perkataan 'sial" neh kat adek aku yang sorang laen ..
aku terkejut .. then nenek aku explen ,
jangan terjebak.. jangan ikot mulut orang ..
jangan mudah ssngat nak cakap apa yang kita rasa best nak cakap ..
kalau maksudnya tak elok ,
tetap takkan elok ..
buruk orang dengar ,, buruk orang pandang ..
buruk jugaklah orang nilai diri kita ..




p/s : bahasa kita sepatutnya penuh kelembutan kan ?? 

No comments:

Post a Comment

sayangs , tinggalkan comment anda disini =) ..

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Norlidahidayu ~ | Design by Kiera Rashid